Oh. Pulses

Can't wait for thaaaaat moment!

We, the Ghazalis, are going to have a new family member soon!

Thursday, 04 February 2010

  • Manusia

    Aku pelik melihat kau,

    Kenapalah makhluk yang bergelar manusia ni,
    pabila susah, baru nak bertungkus-lumus
    mencari redha Allah?

    tak putus-putus titiskan air mata
    memohon keampunan.
    Amal ibadat pun 2-3x bertambah.

    Pabila susah,
    barulah rasa Tuhan tu memang ada.
    barulah nak sedar kita tu siapa.
    Tak pernah berhenti memohon doa.
    Harap-harap, dapat juga akhirnya.

    Pabila rasa susah,
    baru nak menyesal.
    Banyaknya dosa.
    Banyaknya maksiat.
    Tapi kesal, jarang sekali kekal.

    Pabila kesusahan itu dipermudahkan..

    Aih.. bukan main pantas lagi.
    Buat perkara semua yang lagha-lagha.
    Tiada pun plan nak mendekati-Nya,
    Semuanya pun nak mengejar dunia.
    Nak puaskan nafsu kita yang dipenjara ketika payah..
    Haih.. Susah.. susah.

    Solat pun buat selalu terlambat,
    Solat Subuh kekadang tertinggal,
    Alasannya?
    Stay uplah.
    Buat kerja tak berfaedah.
    Solat tak khusyuk,
    doa pula macam buat tak buat je.

    Manusia,
    Bila dah senang,
    selalu terlupa atau sengaja lupa.
    Pertolongan Tuhan pada kita.

    Bila dah senang,
    kita selalu alpa,
    dengan nikmat dunia.

    Bila dah senang,
    kita mudah terperdaya,
    dengan musuh kita..

    Bila dah senang,
    kita bergelak ketawa terlalu gembira,
    sedangkan, mati tu boleh berlaku bila-bila je.

    Di mana kekuatan itu,
    yang sepatutnya kekal ketika susah
    sehingga kini pabila senang?

    Ayuh! Sedarlah!

    --------------


    Untuk diriku yang sering lupa. Abih exam ni, sokmo rasa nak enjoy. Aisehh~

    Amru bin Maimun meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda:
     
    " Ada lima perkara yang sangat berharga yang diberikan percuma oleh ALLAH s.w.t kepada semua umat manusia. Lima perkara itu perlu dimanfaatkan oleh semua umat manusia dengan sebaik-baiknya sebelum datang lima perkara yang lain. Ia adalah masa muda sebelum datang masa tua, masa sihat sebelum datang masa sakit, masa senang sebelum datang masa susah, masa lapang sebelum datang masa sibuk, serta masa hidup sebelum datang kematian."
    Al-Mustadrak 'Ala sahihain: 7957

    Q : Apa plan lepas exam ni?

    A : To become a better muslim! InsyaAllah!

    Ya Allah, sekiranya aku lalai, alpa walaupun sekelip mata, ampunkan aku.
    Kerana sesungguhnya, tujuan aku dicipta, hanyalah untuk-Mu..